Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mula melaksanakan Ops Mega 3.0 bagi menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara, bermula jam 12.00 tengah malam 30 Jun 2018.




Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Haji Mustafar Haji Ali berkata, operasi bersepadu bersama beberapa agensi lain itu, dilakukan selepas berakhir tempoh Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI (Program Rehiring) pada 30 Jun.

loading...
loading...


"Jabatan Imigresen tetap tegas dalam menguatkuasakan undang-undang dengan gerak kerja 'Kedaulatan dan Keselamatan Tanpa Kompromi' Kita akan mencari semua warga asing PATI di negara ini.

"Kepada majikan yang masih degil dan terus melindungi, menggaji atau membenarkan PATI tinggal di dalam premis, perlu diingat bahawa ia adalah satu kesalahan berat.

"Mereka boleh dikenakan tindakan denda maksimum RM50,000, penjara tidak lebih lima tahun dan tidak lebih enam sebatan, jika sabit kesalahan," katanya pada sidang media Ops Mega 3.0 di sekitar Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Katanya, berdasarkan rekod, 1 Januari 2018 hingga 30 Jun lalu, pihaknya sudah menangkap 19,969 PATI dan 536 majikan. Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 9,854 PATI dan 405 majikan dihadapkan ke mahkamah.


>